Azam Auto terus komited memperkasa kemahiran teknikal automotif melalui Kursus Asas Pembaikan Aircond Kenderaan! Berlangsung secara intensif selama 3 Hari 2 Malam di cawangan Kubang Kerian, program ini dilaksanakan pada setiap suku tahun (quarter) untuk melahirkan tenaga mahir yang berkualiti. Dengan yuran pendaftaran serendah RM700.00, kelengkapan anda terjamin kerana yuran ini sudah merangkumi penginapan percuma serta kemudahan makan dan minum (2 kali sehari).
Sepanjang kursus ini, peserta akan menguasai modul pembelajaran yang komprehensif. Anda akan didedahkan kepada pengenalan komponen sistem aircond, penggunaan Manifold Gauge, teknik pemeriksaan sistem, proses pemasangan semula dan pengecasan gas R134a, sehinggalah kepada simulasi kes masalah sebenar.
Sehingga kini, program kami telah berjaya melatih 5 kumpulan (batch) peserta yang hadir dari pelbagai negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor, Perlis, dan Perak. Rata-rata peserta memberikan maklum balas positif terhadap pendekatan trainer kami yang bersikap terbuka dan tidak terlalu formal, cara penyampaian yang responsif, serta sesi soal jawab yang berkesan untuk menambah ilmu pengetahuan. Sertai kami untuk kumpulan yang seterusnya!
